Latar belakang/Sejarah
Pembangunan Stesen Luar Pendidikan dan Penyelidikan kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) di Hutan Simpan Ayer Hitam dimulakan dengan pembinaan prasarana penginapan, dewan dan pejabat yang melibatkan kos hampir RM 1 juta bagi tujuan kegunaan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan kepada pelajar dan staf UPM sendiri. Pembangunan tersebut adalah sejajar dengan peningkatan peranan hutan ini sebagai sumber pelbagai guna bukan sahaja untuk masyarakat tempatan tetapi juga manusia masa kini dan generasi akan datang. Prasarana penginapan ini berkeluasan 1ha dan terletak di dalam kompartmen 15. Istimewanya pembangunan ini adalah ia berdasarkan Konsep Pembangunan Mampan di mana penebangan pokok adalah terhad dan tidak melibatkan kerja-kerja pemotongan tanah serta menjalankan kerja secara manual. Projek yang dibiayai oleh peruntukan universiti ini dimulakan pada bulan November 2007 dan siap pada Oktober 2008. Ia telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah (Naib Canselor ketika itu) pada 14 April 2009 bersamaan 18 Rabiulakhir 1430H
Objektif pembinaan
Meningkatkan taraf kemudahan infrastruktur dan prasarana, pendidikan dan pengembangan perhutanan.
Membantu kepada pengurusan sumber yang lebih baik dan aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.
Menggalakkan penyertaan UPM dalam pengendalian program pendidikan, penyelidikan dan pengembangan.
Menggalakkan aktiviti pendidikan bersepadu dan pelbagai disiplin yang berteraskan perolehan pengetahuan dan kemahiran di lapangan.
Kemudahan yang disediakan
Dewan serbaguna (Manau)
Empat (4) unit chalet untuk VIP / Urusetia / Fasilitator (Nibong 1 & 2 / Enau 1 & 2)
Tiga (3) unit dometri untuk peserta (Palas / Kelubi / Bertam)
Kafetaria / dewan makan (Bayas)
Surau
Bilik mandi & tandas
Gazebo / wakaf
Setiap unit bangunan pula telah dihubungkan melalui jambatan (boardwalk). Kesemua dometri yang dibina dilengkapi dengan dengan keperluan asas seperti katil, almari, bekalan air dan elektrik. Penginapan ini juga telah dilengkapi dengan perkhidmatan internet dan wifi..
Aktivit yang boleh dijalankan
Mesyuarat
Bengkel
Teambuilding
Kursus
Kem
Seminar
Kapasiti yang boleh ditampung
Prasarana penginapan ini boleh memuatkan seramai 56 orang peserta dan boleh menampung 70 orang dalam satu-satu masa.
Waktu operasi
Hari bekerja : 08.00 pagi – 5.00 petang
Masa lawatan : 10.00 pagi – 4.00 petang
Cuti Am / Umum : tutup
Kemaskini:: 20/09/2018 [faiz_mokhtar]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia