TAPAK SEMAIAN | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» SISFEC » PERKHIDMATAN » TAPAK SEMAIAN

TAPAK SEMAIAN

SEJARAH PENUBUHAN

 

Tapak Semaian Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong mula dibina pada Februari 2008. Pada peringkat awal, Tapak Semaian ini hanya dirikan dengan menggunakan jaring hitam dan 3 batas simen sahaja. Pada Jun 2009, barulah tapak semaian kekal dibina dilengkapi dengan pejabat urusan. Tapak Semaian ini memulakan operasinya secara rasmi pada awal Januari 2010. Penubuhan Tapak Semaian bertujuan untuk menghasilkan anak benih dan anak pokok untuk digunakan bagi projek-projek penghutanan semula, penyelidikan, perhutanan bandar dan aktiviti landskap.

 

Keluasan kawasan yang disediakan untuk pembinaan tapak semaian ini ialah lebih kurang setengah ekar. Kedudukan tapak semaian ini di dalam peta topografi adalah terletak di Kompartment  15. Lokasinya terletak berhampiran jalan utama pintu masuk ke Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

 

 

 

OBJEKTIF / TUJUAN

 

  1. Untuk aktiviti pendidikan dan penyelidikan
  2. Untuk aktiviti latihan dan pengembangan pelajar.
  3. Tempat pengumpulan anak-anak pokok ibu.
  4. Untuk aktiviti semaian anak pokok

 

KEMUDAHAN YANG ADA

Mempunyai 5 batas semaian, dan setiap batas boleh memuatkan sebanyak 1500 pokok.

Dilengkapi dengan  sistem pengairan / penyiraman

Dilengkapi mesin penghancur tanah

Mesin pembancuh media tabung

Di lengkapi dengan 4 kotak pengumpulan tanah campuran.

Ruangan untuk kerja-kerja menabong anak pokok.

Terletak di tempat yang strategik iaitu berhampiran dengan jalan utama.

 

 

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN

 

Boleh digunakan sebagai pusat pengumpulan anak benih

Mempelajari bancuhan tanah yang sesuai untuk spesies pokok hutan

Pelajar boleh mengetahui cara penyemaian anak pokok atau anak benih

  • Mempelajari cara keratan pokok
  • Boleh mempelajari cara penyelenggaraan nursery
  • Boleh mengenal cara pertumbuhan  anak pokok

Kemaskini:: 20/09/2018 [faiz_mokhtar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXDdXAY~