ISSA 2023 Tingkat Keperluan Industri Kayu Gaharu Beri Nilai Tambah Ekonomi Negara | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » ISSA 2023 tingkat keperluan industri kayu gaharu beri nilai tambah ekonomi negara

ISSA 2023 tingkat keperluan industri kayu gaharu beri nilai tambah ekonomi negara

PUTRAJAYA, 17 Okt – Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan ‘3rd International Scientific Symposium of Agarwood 2023’ (ISSA 2023) bagi mengiktiraf keperluan industri kayu gaharu sebagai nilai tambah ekonomi negara, di sini, hari ini.
 
Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata transformasi industri kayu gaharu diperlukan supaya industri ini dapat memainkan fungsi ekonomi yang penting serta menguntungkan syarikat komersial dan usahawan kecil.
 
 
“Transformasi penanaman dan penggunaan gaharu akan mewujudkan suasana ekonomi yang progresif yang boleh membantu industri gaharu mencapai kemajuan yang mampan.
 
“Malaysia merupakan pengeksport gaharu kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Gaharu memainkan peranan penting dalam penyembuhan dan perubatan terapeutik selain popular dalam industri minyak wangi,” katanya.
Walau bagaimanapun katanya amalan penuaian yang tidak mampan menimbulkan ancaman kepada masa hadapan pokok gaharu.
 
Oleh itu, FPAS UPM komited untuk membangunkan industri dan menggunakan sumber gaharu dengan cara yang mampan.
 
“ISSA kali ketiga ini menonjolkan kepentingan pemuliharaan dan penyelidikan spesies pokok gaharu,” kataya.
 
Beliau berharap agar peserta ISSA 2023, dapat melihat objektif IR 4.0 untuk merangsang penggunaan teknologi bersesuaian yang boleh mengubah penanaman dan penggunaan gaharu serta meningkatkan kelestarian di peringkat ladang gaharu.
 
Sementara itu, pengarah program, Prof. Dr. Rozi Mohamed berkata ISSA 2023 ialah platform untuk perbincangan tentang kemajuan terkini dan penemuan teknologi yang boleh membantu mengubah penanaman serta penggunaan gaharu.
 
“Ini akan mewujudkan peluang untuk industri, agensi kerajaan dan ahli akademik untuk bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh merevolusikan industri gaharu.
 
“Penyertaan pelbagai pihak dan pemain industri Gaharu antarabangsa dalam ISSA 2023 seperti dari Jepun, China, Perancis, Sri Lanka, Brunai dan lain-lain lagi secara tidak langsung meningkatkan lagi keperluan dan perkembangan industri gaharu,” katanya.
 
Simposium ini turut dianjurkan bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Perhutanan Malaysia (FRIM), Persatuan Institusi Penyelidikan Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) dan Lembaga Kayu Malaysia (MTIB). -UPM
 
 

Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEdPAA~