FHAS UPM Anjur Seminar 'Wood Culture Heritage In Asia Sempena Hari Hutan Sedunia 2024 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » FHAS UPM anjur seminar 'Wood Culture Heritage in Asia" sempena Hari Hutan Sedunia 2024

FHAS UPM anjur seminar 'Wood Culture Heritage in Asia" sempena Hari Hutan Sedunia 2024

SERDANG, 22 Mac- Bersempena Hari Kayu Sedunia 2024, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi kesedaran kepada semua orang dengan menganjurkan seminar “Wood Culture Hertitage in Asia” kelmarin.
 
Objektif utama bagi Seminar “Wood Culture Hertitage in Asia” merupakan inisiatif utama UPM bagi melindungi kayu dan menjaga ekosistem melalui kepelbagaian biologi dan pemuliharaan hutan.
 
Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, Prof. Dr. Azlizam Aziz berkata, peranan FHAS untuk melakukan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dengan mengetengah kepentingan kayu dalam kehidupan manusia.
 
“Seminar ini dianjurkan bagi memupuk sikap manusia untuk menghargai hutan dan kayu yang akan memberi impak kepada sosial, ekonomi dan ekologi kayu terhadap pokok dan juga hutan.
 
“Seminar ini memberi kesedaran dan menggalakkan amalan mampan yang memastikan pengunaan sumber kayu bertujuan untuk menyumbang kepada kesihatan dan kelestarian jangka panjang alam sekitar,” katanya.
 
Turut hadir pada sambutan Hari Kayu Sedunia 2024, Ketua Pengarah Malaysia Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Ts. Dr. Mohd Zamri Mat Amin.
 
 
 

Date of Input: 25/03/2024 | Updated: 25/03/2024 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXFVMAt~