Industri Kayu Gaharu Perlu Transformasi Secara Mampan - UPM | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » Industri kayu gaharu perlu transformasi secara mampan - UPM

Industri kayu gaharu perlu transformasi secara mampan - UPM

(Peserta ISSA 2023 merakam gambar bersama sebagai kenangan sebelum melakukan perbincangan kayu gaharu/Foto UPM)

 

PUTRAJAYA, 18 Oktober- Industri kayu gaharu memerlukan transformasi agar industri itu dapat memainkan fungsi ekonomi yang penting serta menguntungkan syarikat komersial dan usahawan kecil.

Menurut Naib Canselor, Univerisit Putra Malaysia (UPM) Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, transformasi penanaman dan penggunaan gaharu akan mewujudkan suasana ekonomi yang progresif yang boleh membantu industri gaharu mencapai kemajuan yang mampan.

“Malaysia merupakan pengeksport gaharu kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Gaharu memainkan peranan penting dalam penyembuhan dan perubatan terapeutik selain popular dalam industri minyak wangi,” katanya.

Prof. Dr. Ahmad berkata demikian pada program ‘3rd International Scientific Symposium of Agarwood 2023’ (ISSA 2023) anjuran Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar (FPAS) UPM bagi mengiktiraf keperluan industri kayu gaharu sebagai nilai tambah ekonomi negara.

Bagaimanapun katanya amalan penuaian yang tidak mampan menimbulkan ancaman kepada masa hadapan pokok gaharu.

Namun di FPAS UPM, warganya komited untuk membangunkan industri dan menggunakan sumber gaharu dengan cara mampan.

“ISSA kali ketiga ini menonjolkan kepentingan pemuliharaan dan penyelidikan spesies pokok gaharu,” katanya.

Prof. Dr. Ahmad berharap para peserta ISSA 2023, dapat melihat objektif IR 4.0 untuk merangsang penggunaan teknologi bersesuaian yang boleh mengubah penanaman dan penggunaan gaharu serta meningkatkan kelestarian di peringkat ladang gaharu.

Sementara itu, pengarah program, Prof. Dr. Rozi Mohamed berkata ISSA 2023 ialah platform untuk perbincangan tentang kemajuan terkini dan penemuan teknologi yang boleh membantu mengubah penanaman serta penggunaan gaharu.

“Ini akan mewujudkan peluang untuk industri, agensi kerajaan dan ahli akademik untuk bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh merevolusikan industri gaharu.

“Penyertaan pelbagai pihak dan pemain industri Gaharu antarabangsa dalam ISSA 2023 seperti dari Jepun, China, Perancis, Sri Lanka, Brunai dan lain-lain lagi secara tidak langsung meningkatkan lagi keperluan dan perkembangan industri gaharu,” katanya.

Simposium turut dianjurkan bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Perhutanan Malaysia (FRIM), Persatuan Institusi Penyelidikan Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) dan Lembaga Kayu Malaysia (MTIB).

(Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah (tengah) mendengar
penerangan berkenaan kegunaan kayu gaharu/Foto UPM)

Date of Input: 18/10/2023 | Updated: 18/10/2023 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEdMA4~