Workshop On Manuscript Preparation For High Impact Journal Publication | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Workshop on Manuscript Preparation for High Impact Journal Publication

Workshop on Manuscript Preparation for High Impact Journal Publication

19 Mei 2025 - Satu bengkel bertajuk "Manuscript Preparation for High Impact Journal Publication" telah diadakan pada 19 Mei 2025 bertempat di Smart Classroom, Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) disampaikan oleh YBrs. Prof.Madya Dr. Mohammad Firuz Bin Ramli. Seramai 14 orang pelajar dan seorang pensyarah telah sertai bengkel ini.
 
Objektif utama bengkel ini adalah untuk membangunkan dan memantapkan penerbitan jurnal berimpak kepada pensyarah khususnya pensyarah muda serta pelajar siswazah di FHAS. 
 
Bengkel ini telah merangkumi kepentingan penerbitan jurnal, dengan penekanan khusus pada struktur manuskrip seperti berikut:
1. Strategi untuk meningkatkan peluang penerimaan manuskrip.
2. Memahami struktur manuskrip, termasuk tajuk, abstrak, pengenalan, bahan dan kaedah, keputusan, perbincangan, dan kesimpulan.
3. Perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam penulisan serta penghantaran manuskrip.
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | fatin_ar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
W, (04:28:14am-04:33:14am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]