JOB VACANCY | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
JOB VACANCY
 
Position
Closing Date
Description
Attachment
1.
Position
PEGAWAI EKSEKUTIF 3 (PE.3)
Closing Date
17 Mar 2026
Description

KEKOSONGAN JAWATAN SKIM PERKHIDMATAN BUKAN AKADEMIK UPM
PEGAWAI EKSEKUTIF 3 (PE.3)
FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan
bagi memohon jawatan berikut :


JAWATAN DAN GRED PENEMPATAN JUMLAH
KEKOSONGAN

Pegawai Eksekutif 3 / (PE.3), Seksyen Sumber Alam, Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar

Satu (1)

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional (Setara dengan Gred N9)
Tempoh Lantikan : Satu (1) tahun dan boleh dilantik semula
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji : RM3,000.00


SYARAT-SYARAT AM
(a) Calon-calon adalah terbuka kepada warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Mempunyai kelayakan minimum Bacelor Sains Rekreasi dan
Ekopelancongan/Perhutanan/Alam Sekitar atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib dan jenayah.

SYARAT-SYARAT KHAS
(a) Berkebolehan merancang, mengurus dan mengendalikan program;
(b) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi;
(c) Mempunyai perwatakan dan personaliti yang baik.

CARA MEMOHON
(a) Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan
bersama dokumen-dokumen seperti berikut di dalam format Portable Document
Format (PDF):
I. Mengisi Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01);
II. Salinan Kad Pengenalan (berpalang), Sijil Akademik dan Sijil-sijil berkaitan;
dan
III.Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini.
(b) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Puan Rita Bajat
Ketua Penolong Pendaftar
Pejabat Dekan
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
Emel: b_rita@upm.edu.my

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Mac 2026.
(d) Calon-calon yang layak dan telah disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi
temuduga.
(e) Calon-calon yang tidak menerima sebarang panggilan temuduga dalam
tempoh masa 3 (tiga) bulan dari tarikh tutup permohonan ini, dianggap tidak
berjaya.
(f) Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada :

Cik Siti Norwahyu Kassim
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pejabat Dekan
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-97696763

Attachment
-


FURTHER INFORMATION: eJOBS

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
S, (05:37:33pm-05:42:33pm, 16 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]