| FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
senarai pengumuman terkini

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuka kaunter pendaftaran pemilih bagi memudahkan warga UPM untuk menyemak dan mendaftar sebagai pemilih (pengundi). Tarikh dan tempat kaunter tersebut akan dibuka adalah seperti di bawah:

 

Tarikh    :    19 - 20 Oktober 2017 (Khamis - Jumaat) 

Masa     :    9.00 pagi - 4.00 ptg (Bangunan Canselori Putra)

              :    9.00 pagi - 12.00 tgh  (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)

              :    2.00 ptg - 4.00 ptg (Fakulti Kejuruteraan)

 

Semua warga UPM adalah dijemput untuk hadir ke kaunter pendaftaran ini bagi menyemak dan mendaftar sebagai pemilih (pengundi). Kerjasama dan perhatian semua mengenai perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) akan mengadakan Majlis Ikrar Pelajar Siswazah Baharu Semester 2, 2017/2018 seperti butiran berikut:

Tarikh : 20 Februari 2018 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./tuan/puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Pihak Fakulti memohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./tuan/puan untuk tidak meletakan kenderaan/ mempakir kenderaan di kawasan bulatan hadapan pintu masuk Fakulti.  Ini kerana tindakan tersebut akan menghalang laluan keluar masuk ke Fakulti.  
 
Sehubungan itu, Pihak Pengurusan Fakulti mengambil keputusan untuk melarang semua warga Fakulti   memakir/meletakan kenderaan di kawasan tersebut.  Kegagalan warga fakulti mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan YBhg. Prof./Dr./tuan/puan dikenakan  tindakan undang-undang seperti yang telah ditetapkan oleh  Bahagian Keselamatan Universiti Putra Malaysia.
 
Di atas perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Prof./Dr.tuan/puan mengenai perakara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Perabot yang akan berlangsung pada:
 
Tarikh : 29 Januari 2019 (Selasa)
Masa :2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah Hutan, Fakulti Perhutanan 
Aturcara : Seperti di Lampiran
 
 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Datin/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke majlis ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Bersama ini, dilampirkan Surat Jemputan dan Tentatif Program untuk makluman YBhg. Prof./Datin/Tuan/Puan.

Salam sejahtera,

 

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan akan menerima kujungan dari School of General Education, Shinsu University, Japan pada minggu hadapan.

 

Berikut ialah maklumat tentang lawatan tersebut:

  

Tarikh  : 11 Mac 2018

Masa    : 10 – 11 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat 1

Aktiviti : Pembentangan penyelidikan sosial di Sarawak

Pelawat : Profesor Kentaro Kanazawa dan 12 orang pelajar        

 

Dijemput semua yang berkelapangan untuk hadir. 

Harap maklum, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan dengan kerjasama Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), UPM akan menganjurkan Majlis Syarahan Inaugural Profesor Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin  bertajuk “Good Fire, Bad Fire: The Role Of Fire In Tropical Forest Ecosystems” seperti berikut:
 
                   Tarikh      : 19 April 2019 (Jumaat) 
                   Masa        :  9.45 pagi
                   Tempat    : Dewan Kuliah Hutan, Fakulti                                          Perhutanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Satu perjumpaan dengan YBhg. Dekan akan diadakan seperti butiran berikut:
 
Tarikh: 11 September 2019
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat 1
 
Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan. 

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian  YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, berkenaan Forestry Lecture Series yang merupakan seminar akademik bulanan anjuran Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Seminar akademik ini diadakan setiap bulan bertempat di Fakulti Perhutanan, UPM bertujuan menjadi platfom perbincangan akademik dan perkongsian ilmu dalam bidang perhutanan bersama institusi akademik lain, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.

 

Sehubungan dengan itu, Forestry Lecture Series yang akan diadakan  adalah seperti berikut:

 

Penceramah : Dr.  Antonio  Brunori (Secretary General PEFC Italy)

Tajuk           : Using Tree Talkers to "listen"  the trees : PEFC reasearch project TRACE

Tarikh          : 23 September 2019 (Isnin)

Masa            : 10.00 am - 12.00 tgh hari

Tempat        : Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Perhutanan UPM

 

Bersama-sama ini dilampirkan maklumat lanjut berkenaan Forestry Lecture Series tersebut. Dipohon pihak  YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, dapat menghebahkan jemputan ini di institusi yang berkenaan. Dipohon mengembalikan borang jawapan kehadiran sebelum 19 September 2019. Kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.  

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan  Jabatan Pendidikan Negeri Johor menganjurkan pertandingan e-poster peringkat kebangsaan bertemakan Inspirasi STEM melalui Al-Quran 2020. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk memupuk penghayatan konsep STEM melalui pembacaan dan terjemahan Al-Quran dan berkongsi idea STEM melalui e-poster yang dicungkil dari kandungan Al-Quran.

  Untuk daftar dan menghantar poster yang telah siap klik link di bawah: https://form.jotform.com/201254518266453. Untuk memuat turun templat poster, sila klik link di bawah:
https://qrgo.page.link/6s6YBatau boleh imbas kod QR yang terdapat dalam poster. Penyertaan ini terhad kepada 300 peserta sahaja. Hadiah menarik menunggu anda. Serlahkan bakat, kreativiti dan prestasi diri anda.Tarikh tutup penyertaan pada 15 Julai 2020.

 Sehubungan itu, semua pelajar Islam sekolah menengah seluruh Malaysia dipelawa untuk menyertai pertandingan ini. Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan maklumat lanjut tentang program dan syarat-syarat pertandingan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas sila hubungi Dr. Nurzatulshima Kamarudin di emel stemfppupm.official@gmail.comdan En. Junit Yasir di email junit.yasir@moe.gov.my

Kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah di hargai.

 

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXDdAAr~