SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Fakulti merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Puan Zarina Ismail dan Encik Md Nizam Mahat @ Ibrahim yang telah memulakan perkhidmatan di fakulti ini.

Kehadiran mereka amat dialu-alukan dan diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pengurusan serta menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan pelbagai urusan pentadbiran dan aktiviti fakulti. Dengan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki, kedua-dua mereka diyakini mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Warga fakulti juga berharap agar kehadiran Puan Zarina Ismail dan Encik Md Nizam Mahat @ Ibrahim dapat membawa semangat baharu serta mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan warga kerja fakulti demi mencapai kecemerlangan organisasi.

Tarikh Input: 10/03/2026 | Kemaskini: 10/03/2026 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
W, (08:59:29am-09:04:29am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]