Read @ FHAS : Bidang Perhutanan Sebelum Dan Selepas Merdeka | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Read @ FHAS : Bidang Perhutanan Sebelum dan Selepas Merdeka

Read @ FHAS : Bidang Perhutanan Sebelum dan Selepas Merdeka

Serdang, 2 September – Jawatankuasa Sudut Bacaan Read@FHAS telah menganjurkan satu sesi perkongsian ilmu yang bertujuan memperluaskan kefahaman warga fakulti mengenai perkembangan bidang perhutanan dari perspektif sejarah dan masa kini.
 
 
Sesi kali ini menampilkan YBhg. Prof. Dr. Jegatheswaran Ratnasingam daripada Jabatan Industri Kayu & Gentian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) sebagai pengulas utama dengan tajuk perkongsian “Bidang Perhutanan Sebelum dan Selepas Merdeka”.
 
 
Penganjuran sesi ini diharap dapat membuka ruang wacana ilmiah serta memberi manfaat kepada warga fakulti, khususnya pelajar dan staf akademik, dalam memahami evolusi bidang perhutanan sebagai salah satu tonggak penting pembangunan negara.
 

Tarikh Input: 02/09/2025 | Kemaskini: 03/09/2025 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (04:45:13am-04:50:13am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]