Jabatan industri Kayu dan Gentian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar telah menganjurkan Program Pemerkasaan Fasiliti Bengkel Kayu JIKG 2026 pada 10 April 2026. Antara objektif program adalah seperti yang berikut:
- Memperkasa kemudahan dan fasiliti Bengkel Kayu Jabatan Industri Kayu dan Gentian (JIKG) agar lebih kondusif, selamat dan efisien untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan tahap keselamatan penggunaan peralatan serta pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelajar dan staf.
- Menyokong keperluan akademik dan latihan praktikal pelajar selaras dengan perkembangan teknologi dalam industri kayu dan gentian.
- Mewujudkan persekitaran bengkel yang lebih sistematik, teratur dan mesra pengguna bagi meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran.
- Memupuk budaya penyelenggaraan dan penjagaan fasiliti secara berterusan dalam kalangan warga jabatan.




Tarikh Input: 12/05/2026 |
Kemaskini: 12/05/2026 | norazian_nga
PERKONGSIAN MEDIA