Jabatan Industri Kayu dan Gentian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menganjurkan program sambutan Hari Kayu Sedunia 2025 (World Wood Day 2025 – WWD 2025) yang bertemakan Sustainable Living with Wood bertempat di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia. Di dalam acara sambutan, terdapat program Webinar yang berbentuk diskusi dan berinformasi berkaitan perkembangan industri kayu ini akan dijalankan selaras dengan tema sambutan yang telah dipilih. Webinar secara hibrid melibatkan peserta dari UPM, UiTM Jengka Pahang, Universiti Malaysia Sabah (UMS), rakan industri dan universiti dari Indonesia dan China.
Program ini turut diterbitkan di Laman Web WWD Foundation seperti di link berikut: following link: https://www.worldwoodday.org/2025/regions/Malaysia
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 18/06/2025 | Kemaskini: 20/06/2025 | norazian_nga

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia