PROGRAM EKSPLORASI ALAM | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » PROGRAM EKSPLORASI ALAM

PROGRAM EKSPLORASI ALAM

Program Ekplorasi Alam di antara City Graduate School, City University Malaysia dan Jabatan Industri Kayu dan Gentian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia telah berlangsung pada 24 September 2025 bertempat di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC). Program Eksplorasi Alam ini dianjurkan sebagai inisiatif bersepadu untuk memupuk kesedaran alam sekitar dan menggalakkan amalan lestari dalam kalangan pelajar pascasiswazah serta warga kerja universiti. Seiring dengan komitmen global terhadap pembangunan mampan, program ini dirangka bagi memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi sebagai agen perubahan dalam pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, program ini turut berfungsi sebagai platform strategik untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi akademik awam dan swasta. Hubungan ini penting bagi memperkayakan pengalaman peserta serta memupuk pemindahan ilmu, kemahiran, dan nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar. Secara keseluruhannya, program Eksplorasi Alam ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga universiti, tetapi juga menyumbang secara langsung ke arah pembentukan masyarakat yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan lestari. 

Beberapa program utama Adalah seperti berikut:

  1. Water Confidence Program Program Water Confidence
  2. Clean and Green Trail Program Program Clean and Green Trail
  3. Tree Planting and Ecosystem Restoration Program Tree Planting and Ecosystem Restoration

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/09/2025 | Kemaskini: 26/09/2025 | norazian_nga

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
F, (06:02:53pm-06:07:53pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]