Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar



Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Sesi 2019/2020 dan Sesi 2020/2021 pada 25 Mac 2022 (Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah Hutan, Kompleks A, FHAS.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ahli Pengurusan FHAS, sebahagian penaja hadiah iaitu Malaysian Timber Certification Council (MTCC), Malaysia Timber Industry Board (MTIB), Syarikat Enviro Exceltech, Persatuan Arborist Malaysia (PArM), wakil pensyarah Jabatan Alam Sekitar dan 21 orang penerima hadiah fakulti.

Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada graduan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Ia selaras dengan hasrat universiti untuk menghasilkan pelajar serta graduan cemerlang yang berketerampilan, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju dalam era globalisasi melalui pembelajaran yang berkesan dan berterusan.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah.

Tarikh Input: 05/04/2022 | Kemaskini: 05/04/2022 | siti_aisyah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEbKA3~