Lawatan Universiti Nusa Bangsa Ke FHAS | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Lawatan Universiti Nusa Bangsa ke FHAS

Lawatan Universiti Nusa Bangsa ke FHAS

Rabu, 3 Ogos 2022, FHAS telah menerima delegasi dari Universitas Nusa Bangsa, Indonesia. Delegasi ini diketuai oleh Dr. Ir. Luluk Setyaningsih, M.Si., IPU, Dekan Fakulti Perhutanan, Universitas Nusa Bangsa, Indonesia.

 

Perbincangan dua hala ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Prof. Madya Dr. Kamziah Abd Kudus, Timbalan Dekan (AHEPA) FHAS, Prof. Dr. Latifah Abd Manaf, Timbalan Dekan (SPA) FHAS, Ketua-ketua Jabatan dan wakil pensyarah. Perbincangan ini turut menyaksikan sesi menandatangani Letter of Intent (LoI) yang dimetarai antara UPM dan Universitas Nusa Bangsa.

 

Selain mengadakan perbincangan, delegasi turut dibawa melawat Hutan Simpan Ayer Hitam (SISFEC). Sesi yang bermanfaat ini telah menjadi permulaan kepada jalinan kerjasama dan membuka potensi dalam kerjasama pada masa hadapan.

 

Tarikh Input: 08/08/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | wrohani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEUAAX~