Latihan Hands-on Sistem Kewangan Putra Finance FHAS | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Latihan Hands-on Sistem Kewangan Putra Finance FHAS

Latihan Hands-on Sistem Kewangan Putra Finance FHAS

6 November 2025 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah menganjurkan Latihan Hands-On Sistem Kewangan Putra Finance FHAS bertempat di Makmal Teknologi Maklumat, Aras 2, Kompleks A, FHAS.

Latihan ini diadakan dalam dua sesi, iaitu sesi pertama dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan sesi kedua dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini disertai oleh semua staf FHAS termasuk pembantu penyelidik (RA).

Penganjuran latihan ini bertujuan untuk memberi perkongsian berkenaan tatacara kewangan universiti, memberi taklimat penggunaan sistem kewangan Putra Finance serta memberi pendedahan serta latihan secara hands-on bagi memastikan warga FHAS lebih mahir dan efisien dalam menggunakan sistem kewangan berkenaan.

Latihan ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf dalam melaksanakan urusan kewangan fakulti dengan lebih sistematik, telus dan berkesan seiring dengan transformasi digital universiti.

 #BerilmuBerbakti #FHASUPM

Tarikh Input: 10/11/2025 | Kemaskini: 10/11/2025 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
W, (05:25:19am-05:30:19am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]