LATIHAN HANDS-ON PENGENDALIAN VIDEO CONFERENCING ANJURAN FHAS | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » LATIHAN HANDS-ON PENGENDALIAN VIDEO CONFERENCING ANJURAN FHAS

LATIHAN HANDS-ON PENGENDALIAN VIDEO CONFERENCING ANJURAN FHAS

28 Jan - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah menganjurkan Latihan Hands-On Pengendalian Video Conferencing bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran warga fakulti dalam pengendalian sistem persidangan video secara berkesan.
 
Latihan ini diadakan pada 28 Januari 2026 (Rabu) bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Smart Classroom, Kompleks A, FHAS. Program ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta merangkumi aspek pengendalian peralatan, pengurusan sesi serta penyelesaian masalah teknikal asas berkaitan video conferencing.
 
Penganjuran latihan ini diharap dapat menyokong kelancaran pelaksanaan pengajaran, mesyuarat serta program akademik dan pentadbiran secara dalam talian, selaras dengan keperluan semasa fakulti.
 

Tarikh Input: 30/01/2026 | Kemaskini: 30/01/2026 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
W, (12:41:26am-12:46:26am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]