Kunjungan Delegasi Dari Fakultas Kehutanan, Universitas Hasanuddinn (UNHAS) | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Kunjungan Delegasi dari Fakultas Kehutanan, Universitas Hasanuddinn (UNHAS)

Kunjungan Delegasi dari Fakultas Kehutanan, Universitas Hasanuddinn (UNHAS)

SERDANG, 8 Jun 2023 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) Universiti Putra Malaysia telah merima kunjungan delegasi dari Fakultas Kehutanan, Universitas Hasanuddinn (UNHAS) bertempat di Bilik Sidang Utama, Aras 1 Kompleks B FHAS.

Majlis telah dihadiri oleh ahli pengurusan FHAS iaitu Dekan FHAS, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Prof. Dr. Latifah Abd Manaf (Timbalan Dekan Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Kamziah Kudus (Timbalan Dekan Akademik dan Alumni), Prof. Madya Dr. Norizah Kamarudin (Ketua Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti) dan Ts. Dr. Mohd Hafizal Ismail (Ketua Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan) manakala empat (4) orang delegasi dari UNHAS iaitu Dr. A. Mujetahid M, S.Hut., MP (Dekan Fakultas Kehutanan), Dr. Syahidah, S. Hut., M.Si., Ph.D (Wakil Dekan Bidang Akademik dan Kemahasiswaan), Dr. Ir. Astuti, S. Hut., M.Si., IPU (Wakil Dekan Bidang Kemitraan, Riset dan Inovasi) serta Dr. Ir. A. Sadapotto, M.P (Ketua Gugus Penjaminan Mutu dan Peningkatan Reputasi). Turut dihadiri pensyarah FHAS serta staf dari pejabat Timbalan Dekan Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa FHAS.

Perbincangan selama satu jam setengah itu bermula jam 3.30 petang sehingga jam 5.00 petang membincangkan hala tuju kerjasama antara UPM-UNHAS serta membuka wacana perbincangan isu dan perkembangan terkini dalam akademik, penyelidikan dan inovasi.

 

 

 

 

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | fatin_ar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEeNAv~