“Innovating Education For A Better Tomorrow”, IUCEL 2022 | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » “Innovating Education for A Better Tomorrow”, IUCEL 2022

“Innovating Education for A Better Tomorrow”, IUCEL 2022

SERDANG, 11 Apil – Karnival Universiti Antarabangsa Mengenai e-Pembelajaran (International University Carnival on e-Learning, IUCEL) kekal sebagai platform yang mempromosikan, meneroka dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam e-Pembelajaran di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia.

IUCEL edisi 2022 kali ini akan dihoskan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dari 28 hingga 30 Jun 2022 secara dalam talian dengan tema “Innovating Education for a Better Tomorrow”.

Karnival e-pembelajaran mengalu-alukan penyertaan pelajar, sarjana, pendidik, pengamal, penyelidik dan inovator daripada semua institusi pengajaran dan pembelajaran serta industri berkaitan. Penyertaan boleh dibuat melalui pembentangan kertas kerja, persembahan poster dan produk, pameran penyelidikan dan juga menghadiri bengkel dan pameran berkaitan.

Tahniah kepada semua pemenang pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) UPM yang sangat komited dan telah memberi sokongan padu terhadap penganjuran IUCEL2022.

Tarikh Input: 18/07/2022 | Kemaskini: 18/07/2022 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEYGA2~