Serdang, 2025 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Forum Akademia FHAS: “Mendepani Cabaran Keberhasilan Pelajar Abad Ke-21” bersempena dengan Bulan Akademia Putra 2025 bertempat di Dewan Kuliah Hutan FHAS.
Penganjuran forum ini bertujuan untuk membuka ruang wacana ilmiah bagi membincangkan peranan warga akademia dalam memastikan keberhasilan pelajar yang holistik, seimbang dan berdaya saing dalam menghadapi keperluan serta cabaran pendidikan abad ke-21.
Forum tersebut menampilkan barisan panel yang terdiri daripada tokoh akademik dan profesional berpengalaman dalam bidang pendidikan dan pembangunan pelajar.
Forum ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pensyarah, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah yang hadir bagi berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing. Sesi soal jawab yang interaktif turut memberi peluang kepada peserta meluahkan idea dan cadangan bagi memperkukuh keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat fakulti.
Tarikh Input: 22/10/2025 |
Kemaskini: 22/10/2025 | masridien
PERKONGSIAN MEDIA