FHAS Raih Kejayaan Membanggakan | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » FHAS Raih Kejayaan Membanggakan

FHAS Raih Kejayaan Membanggakan

 

Serdang, 21 Ogos – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mencatatkan pencapaian membanggakan dalam Program Semarak Merdeka UPM 2025 yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ, FHAS berjaya menempatkan diri dalam Top 15 PTJ Terbaik, seterusnya meraih tempat ke-5 keseluruhan. Kejayaan ini disertai dengan satu lagi pengiktirafan istimewa apabila fakulti turut menerima Anugerah Khas Juri, hasil kreativiti dan komitmen warga fakulti dalam menampilkan semangat patriotisme.

Selain itu, FHAS turut mencatat pencapaian dalam Pertandingan Koir Semarak Merdeka 2025 apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Komitmen Pengurusan PTJ Terbaik. Pengiktirafan ini sekali gus membuktikan kesungguhan warga FHAS dalam menjayakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan peringkat universiti.

Kejayaan ini jelas menunjukkan semangat kerjasama dan kecintaan warga fakulti terhadap tanah air serta kesungguhan untuk menyumbang dalam mengangkat nama fakulti di peringkat universiti. FHAS beriltizam untuk terus mendukung semangat patriotik dalam kalangan warga kampus dan menyemarakkan lagi budaya kecintaan terhadap negara.

 

Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 22/08/2025 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
F, (03:01:04pm-03:06:04pm, 10 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]