FHAS Dengan Kerjasama NAHRIM Anjur Aktiviti KUDAH | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » FHAS dengan kerjasama NAHRIM anjur aktiviti KUDAH

FHAS dengan kerjasama NAHRIM anjur aktiviti KUDAH

SERDANG, 2 Julai - FHAS dengan kerjsama NAHRIM telah mengadakan satu aktiviti Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK). KUDAH adalah salah satu usaha di bawah Program DSK untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat di kalangan komuniti di dalam pemeliharaan persekitaran sungai. Aktiviti KUDAH telah diadakan di DSKSK bersama penduduk Sri Serdang dan orang ramai dengan anjuran NAHRIM bersama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM dan Indah Water Konsortium (IWK).
 
 
Penyertaan NAHRIM diketuai oleh YBhg Dato’ Ir Hj. Nor Hisham Mohd Ghazali, Ketua Pengarah dan YBrs. Datin Noriah, Pengerusi PUSPANITA serta warga NAHRIM. Turut hadir adalah YBrs. En Muhammad Helmi Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia dan YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Saleh, Timbalan Dekan Pendanaan, Pembangunan dan Jaringan Industri & Masyarakat, UPM serta pensyarah-pensyarah Universiti UCSI bersama para pelajar.
 

Tarikh Input: 18/07/2022 | Kemaskini: 18/07/2022 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEZJAv~