FHAS Anjur Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Fakulti | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR forenv
» BERITA » FHAS Anjur Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Fakulti

FHAS Anjur Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Fakulti

28 Oktober 2025 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 (HASN2025) Peringkat Fakulti bertempat di Tasik belakang Kompleks B, FHAS pada 28 Oktober 2025 (Selasa).
 
Program yang berlangsung dari 7.00 pagi hingga 2.00 petang ini menghimpunkan warga fakulti dalam usaha memperkukuh kefahaman dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar melalui pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, pemuliharaan dan rekreasi komuniti.
 
Sambutan tersebut dirangka dengan objektif untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, mempererat perpaduan warga fakulti, serta memulihara kawasan tasik fakulti agar menjadi ruang hijau yang berdaya guna dan lestari. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong pembersihan tasik, pertandingan penamaan tasik dan pertandingan sektor terbaik.
 
Sambutan HASN2025 peringkat fakulti ini diharap dapat menjadi platform tahunan bagi menggerakkan lebih banyak inisiatif hijau serta memperkukuh komitmen UPM terhadap pembangunan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan agenda universiti hijau.
 

Tarikh Input: 29/10/2025 | Kemaskini: 29/10/2025 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (12:59:35pm-01:04:35pm, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]