Bengkel Laman Web Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar 2025 | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Bengkel Laman Web Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2025

Bengkel Laman Web Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2025

27 Nov – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Laman Web Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2025 bertempat di Makmal Teknologi Maklumat, Kompleks A fakulti berkenaan.
 
Bengkel yang dijadualkan berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertujuan meningkatkan kemahiran dan kefahaman warga fakulti dalam pengurusan serta penyelenggaraan laman web rasmi fakulti.
 
Peserta terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran telah dijemput menghadiri sesi latihan berkenaan, yang dijangka memberi pendedahan berkaitan kemas kini kandungan, standard reka bentuk web universiti, serta pemantapan pengurusan maklumat digital fakulti.
 
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh keupayaan warga fakulti dalam memastikan laman web sentiasa relevan, mesra pengguna dan memenuhi keperluan penyampaian maklumat kepada masyarakat dan pihak berkepentingan.
 

Tarikh Input: 02/12/2025 | Kemaskini: 02/12/2025 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
F, (09:05:56pm-09:10:56pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]