24 Sept 2025 - Dr. Siti Nurhidayu Abu Bakar, Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia telah dijemput sebagai tetamu di siaran langsung rancangan Nadi Seri Pagi, Selamat Pagi Malaysia, RTM pada 24 September 2025 untuk mengupas lebih lanjut berkaitan insiden banjir dan tanah runtuh serta perkaitan antara kedua-dua fenomena ini serta kesan-kesannya terhadap alam sekitar.
Ini berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Sabah baru-baru ini.
Dr. Ayu telah mengupas faktor-faktor penyebab berlakunya banjir dan tanah runtuh serta perkaitannya dengan perubahan iklim dan perubahan guna tanah. Beliau juga memberi cadangan-cadangan mitigasi serta peranan pihak berwajib dan masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi mengurangkan risiko berulangnya kejadian tragis ini.
Tarikh Input: 24/09/2025 |
Kemaskini: 24/09/2025 | masridien
PERKONGSIAN MEDIA