Program Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) (1-3 Disember 2023) | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» SISFEC » ACTIVITY » Program Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) (1-3 Disember 2023)

Program Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) (1-3 Disember 2023)

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) telah mengadakan Perkhemahan Perdana di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) pada 1-3 Disember 2023. Aktiviti perkhemahan tersebut telah disertai oleh seramai 120 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4 - tahun 6 termasuk 30 orang guru pengiring. Program perkhemahan ini turut dikendalikan oleh pelajar Bachelor Sains Taman dan Rekreasi, UPM dibawah kursus Pemprograman dan Kepemimpinan Rekreasi. Objektif utama aktiviti perkhemahan ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid.

 

Updated:: 13/12/2023 [kamarulizwan]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEdFAZ~