Bidang pengajian ini meliputi kepentingan penyelidikan dalam merancang dan mengurus alam sekitar untuk penyediaan pembangunan mampan. Ianya merangkumi aspek penyediaan pelan fizikal dan strategi berkaitan alam sekitar sebelum, semasa dan selepas pembangunan dijalankan. Penyelidikan juga boleh dijalankan dalam aspek penilaian ke atas pelan pembangunan, penyediaan model pembangunan mampan dalam bidang tertentu seperti perancangan bandar, pembentukan sistem pengangkutan dan jalanraya, pelan pengurusan alam sekitar dan penilaian indikator pembangunan mampan.
Bidang pengajian ini juga meliputi teori atau kajian empirikal kesan ekonomi dasar alam sekitar negara atau tempatan di seluruh dunia. Isu-isu tertentu termasuk kos dan faedah alternatif dasar alam sekitar untuk menangani pencemaran udara, kualiti air, bahan-bahan toksik, sisa pepejal, dan pemanasan global.
Perancangan Alam Sekitar | Pengurusan Alam Sekitar | Penilaian Kesan Alam Sekitar | Perancangan Bandar dan Wilayah | Pengurusan Kawasan Pantai | Perancangan Pengangkutan dan Pengurusan | Pengurusan Sisa Pepejal | Kemampanan Alam Sekitar | Ekopelancongan | Pengurusan Bandar | Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar | Pengurusan Strategik Alam Sekitar | Penilaian Impak Sosial | Pengurusan Pencemaran Bunyi | Gender dan Pengurusan Sumber |Perakaunan Sumber Asli | Perdagangan dan Alam Sekitar | Undang-undang Alam Sekitar
Penyelidik:
Kemaskini:: 22/04/2020 [fatin_ar]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia