KUMPULAN KEPAKARAN GAHARU (AgET)
Gaharu adalah satu komoditi baharu yang penting di Malaysia. Penanaman karas (Aquilaria) secara besar-besaran telah mula aktif pada tahun 2007 dan lebih 7,000 hektar penanaman karas telah dimanifestasikan seluruh Malaysia. Gaharu telah dikenalpasti sebagai salah satu komoditi utama dalam bidang baru Pertanian Ekonomi Utama Negara (NKEA). Matlamat ini memerlukan penyelidikan yang mendalam dan inovasi untuk mengubah industri gaharu daripada amalan tradisional kepada teknologi moden. Kumpulan Kepakaran Gaharu (AgET) diwujudkan untuk memastikan kesinambungan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan gaharu di Fakulti Perhutanan (FPH), UPM. FPH telah berada di barisan hadapan dalam penyelidikan dan teknologi gaharu sejak 10 tahun yang lalu. Dengan penubuhan AgET, kepakaran kami akan diperluaskan kepada pelbagai agensi kerajaan dan orang ramai. AgET menyediakan platform untuk pertukaran maklumat dan bertindak sebagai pusat rujukan berkaitan dengan industri gaharu.
Kemaskini:: 02/11/2015 [s_ahyar]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia