Program Rewang @FHAS Meriahkan Ramadan, Edar Bubur Lambuk Kepada Warga Fakulti | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » Program Rewang @FHAS Meriahkan Ramadan, Edar Bubur Lambuk Kepada Warga Fakulti

Program Rewang @FHAS Meriahkan Ramadan, Edar Bubur Lambuk Kepada Warga Fakulti

SERDANG, 17 Mac – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah menganjurkan Program Rewang @FHAS sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan penyediaan Bubur Lambuk untuk diagihkan kepada seluruh warga fakulti.

Program yang berlangsung pada Selasa, 17 Mac 2025 itu bermula seawal jam 8.30 pagi di kawasan parkir berhadapan Makmal Rekreasi Luar, Kompleks A. Aktiviti rewang tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga fakulti yang hadir bergotong-royong menyediakan bubur lambuk dalam suasana penuh muhibah dan semangat kekitaan.

Menurut penganjur, program ini diadakan sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga FHAS selain menyemarakkan semangat Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan perkongsian rezeki.

Bubur lambuk yang telah disediakan kemudian diagihkan kepada warga fakulti pada jam 3.00 petang di Foyer Kompleks A, FHAS. Agihan tersebut turut mendapat sambutan hangat dengan kehadiran staf akademik, pentadbiran serta pelajar yang hadir untuk bersama-sama merasai juadah tradisi Ramadan itu.

Penganjuran Program Rewang @FHAS ini diharap dapat terus menjadi aktiviti tahunan fakulti dalam menyemarakkan semangat ukhuwah serta memupuk budaya bekerjasama dalam komuniti FHAS sepanjang bulan Ramadan. 🌙✨

Date of Input: 01/04/2026 | Updated: 01/04/2026 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
F, (05:47:56pm-05:52:56pm, 10 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]