Program Penanaman Pokok - Ecolegacy : Trees For Tomorrow | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » Program Penanaman Pokok - Ecolegacy : Trees For Tomorrow

Program Penanaman Pokok - Ecolegacy : Trees For Tomorrow

20 September 2025 - DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Program Penanaman Pokok - Ecolegacy : Trees For Tomorrow di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
 
Program ini adalah anjuran bersama Putra Business School, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ditaja oleh Mega Fortris dan Coffex.
 
Seramai 130 orang peserta telah terlibat dalam program ini di mana DYTM Tengku Amir Shah telah berkenan menanam Pokok Merbau. Pokok Merbau telah diangkat sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia pada 23 Ogos 2019. Pokok ini menghasilkan kayu keras berat berkualiti tinggi dan terkenal dengan kekuatannya.
 
Sejumlah 150 pokok telah ditanam semasa program ini.
 
 
Disamping aktiviti penanaman pokok, Baginda turut meninjau aktiviti Demonstrasi Memanjat dan Kutipan Biji Benih oleh Pasaukan Memanjat dari Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, dan reruai pameran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perhilitan Selangor, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM dan MARDI.

Date of Input: 22/09/2025 | Updated: 22/09/2025 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
F, (12:33:48am-12:38:48am, 06 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]