Program Mobiliti Dan Kerja Lapangan Alam Sekitar Ke HIST, CHINA | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » Program Mobiliti dan Kerja Lapangan Alam Sekitar ke HIST, CHINA

Program Mobiliti dan Kerja Lapangan Alam Sekitar ke HIST, CHINA

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan
Program Mobiliti dan Kerja Lapangan Alam Sekitar di Henan Institute of Science and
Technology (HIST), China dari 27 Oktober hingga 1 November 2025. Program ini diketuai
oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rusli Ya'cob bersama Dr. Mohd Yusoff Ishak, Cik Norhanila
Mardi dan En. Mohd Zamani Ismail serta disertai 18 pelajar Program Master Alam Sekitar.
 
Penganjuran ini bertujuan memperkukuh pengalaman pembelajaran global serta
memperluas jaringan akademik dan budaya antara kedua-dua institusi.
Sepanjang program, para pelajar mengikuti pelbagai aktiviti ilmiah dan budaya termasuk
eksplorasi ke HIST History Museum, Baiquan Modern Agricultural Research Institute, HIST
Specimen Museum dan Zhongyuan Agricultural Valley Modern Agriculture Exhibition Hall
yang menonjolkan inovasi pertanian pintar dan teknologi IoT. Pelajar turut berpeluang
menyertai International Conference on Crop Health and Efficient Production, sekali gus
memberi ruang kepada UPM mempromosikan Program Master Alam Sekitar dan program
siswazah kepada peserta antarabangsa serta meneroka potensi kolaborasi di masa
hadapan. Selain itu, pelajar juga dibawa ke Ibu Pejabat Mixue Ice City, Zhengzhou’s Organic
Waste Recycling Facilities dan Ministry of Ecology and Environment Yellow River Basin
Ecological Environment Monitoring and Scientific Research Center.
 
Dari sudut budaya, pelajar didedahkan dengan seni dan tradisi tempatan melalui bengkel
pewarnaan indigo, anyaman benang, penyediaan teh tradisional serta penghasilan kipas
tangan. Pengalaman di Gunung Wanxian pula memberi pendedahan mengenai
pembangunan ekonomi luar bandar dan ekopelancongan. Program ini diakhiri dengan Majlis
Penutup yang diserikan dengan persembahan budaya oleh pelajar HIST seperti tarian,
nyanyian tradisional dan demonstrasi kaligrafi sebagai simbol pertukaran budaya dan
persahabatan antarabangsa. Pelajar UPM turut mempersembahkan tarian tradisional
Malaysia “Rasa Sayang”.
 
Secara keseluruhan, program ini berjaya memberikan pengalaman pembelajaran luar bilik
kuliah yang bermakna kepada pelajar. Ia bukan sahaja memperluas pengetahuan dalam
bidang alam sekitar dan kelestarian, malah turut memupuk semangat kerjasama dalam
kalangan pelajar. UPM mengucapkan terima kasih kepada HIST atas sambutan yang baik
serta kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Date of Input: 27/11/2025 | Updated: 27/11/2025 | fatin_ar

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
S, (02:50:17am-02:55:17am, 12 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]