KEMBARA ILMU AGRO (PELAKSANA), PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1/2026 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » KEMBARA ILMU AGRO (PELAKSANA), PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1/2026

KEMBARA ILMU AGRO (PELAKSANA), PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1/2026

SISFEC, PUCHONG – Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) sekali lagi telah menjadi pilihan Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan Program Kembara Ilmu Agro untuk staf Pelaksana bagi tahun 2026.

Program ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Minda (PTM) siri 1/2026 telah dihadiri seramai 24 orang kakitangan pelaksana yang baru. Selain daripada memperkenalkan persekitaran dan fasiliti UPM, program ini juga mendedahkan peserta kepada kepentingan pemuliharaan alam semula jadi dan pemeliharaan kelestarian hutan secara berterusan.

Program yang berjalan selama sehari ini dimulakan dengan taklimat berkaitan SISFEC yang telah diberikan oleh En. Noor Hafiz Osman, Penolong Pemelihara Hutan. Peserta kemudiannya telah dibawa merentas hutan melalui denai interpretasi. Para peserta diberikan penerangan berkenaan flora, fauna dan maklumat berkaitan alam sekitar di sepanjang denai.

Usai makan tengahari dan berehat sebentar, program bersambung untuk sesi petang. Peserta dibawa ke lapangan untuk aktiviti amali mengukur ketinggian dan diameter paras dada (dbh) pokok. Mereka mendalami dan menghayati sendiri aktiviti perhutanan yang selama ini dilakukan oleh staf dan pelajar-pelajar.

#fhasupm #BerilmuBerbakti #sisfec

 

Date of Input: 26/02/2026 | Updated: 26/02/2026 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
S, (02:54:43am-02:59:43am, 15 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]