Kem Perhutanan 2021 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » Kem Perhutanan 2021

Kem Perhutanan 2021

Kem perhutanan adalah merupakan salah satu bentuk latihan kerja praktik yang perlu diikuti oleh semua pelajar Bacelor di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar : Bachelor Sains Perhutanan (BSH), Bachelor Sains Taman Dan Rekreasi (BSTR) dan Bacelor Sains Teknologi Perkayuan (BSTK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan syarat untuk pelajar bergraduat (2 kredit). Kem Perhutanan 2021 yang akan berlangsung pada 6 September 2021 hingga 17 September 2021 merupakan kesinambungan kem perhutanan yang dianjurkan oleh Fakulti sejak tahun 1973 dengan pelaksanaannya dibuat sepenuhnya oleh staf akademik dan sokongan dari Fakulti Perhutanan dengan bantuan pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 sebagai fasilitator. Penekanan aktiviti kem adalah berdasarkan kepada hasil pembelajaran (Learning Outcome) yang telah ditetapkan di dalam kokurikulum.

Objektif Kem Perhutanan adalah :

  1. i) Melatih pelajar yang berupaya menerangkan kepentingan perhutanan.
  2. ii) Membentuk sifat kepimpinan dan personaliti unggul untuk menghadapi cabaran profesional perhutanan di peringkat setempat dan nasional.

Kem Perhutanan 2021 diharapkan dapat melahirkan rimbawan yang bertepatan dengan temanya iaitu : 

  1. i) Dinamik =        Berilmu dan serba boleh.
  2. ii) Kental =          Berjiwa kental dan tidak mudah gentar dalam menangani pelbagai cabaran dalam tempoh pandemik yang banyak menguji fizikal, mental dan emosi, serta sentiasa bersedia menghadapi masa depan.
    iii) Digital  =        Kem yang dijalankan dengan kaedah atas talian sepenuhnya, menggunakan kaedah teknologi, internet, perisian dan sebagainya, dapat menghasilkan rimbawan yang maju dan seiring dengan perkembangan terkini. 

Antara modul yang akan dilaksanakan sepanjang Kem Perhutanan 2021 ini adalah seperti : 

  1. a) MODUL KEMANDIRIAN HUTAN: Prinsip “leave no trace”. (En. Mohd Khairil Saufi Zulkeppli) 
  1. b) MODUL KEMANDIRIAN HUTAN: Kulinari Alam. (En. Mohd Fakhrullah Mohd Noh dan Pn Nor Azlina Azizdim 
  1. c) MODUL KEMANDIRIAN HUTAN: Bantuan mula kecemasan. (Hospital Pengajar UPM) 
  1. d) MODUL KEMANDIRIAN HUTAN: Persediaan Tapak Perkhemahan. (En. Ahmad Ridhwan Isa) 
  1. e) MODUL JABATAN SAINS PERHUTANAN DAN BIODIVERSITI FHM 1:

    Komposisi dan fungsi tumbuhan hutan. (Dr. Mohammad Nazrin Bin Abdul Malik) 

  1. f) MODUL JABATAN SAINS PERHUTANAN DAN BIODIVERSITI FHM 2: Fungsi

    iklim dalam ekosistem hutan. (Dr. Ruzana Adibah Sanusi) 

  1. g) MODUL JABATAN SAINS PERHUTANAN DAN BIODIVERSITI FHM 3: Water

    Tale: From Cloud to Cup. (Dr. Siti Nurhidayu Binti Abu Bakar) 

  1. h) MODUL JABATAN SAINS PERHUTANAN DAN BIODIVERSITI FHM 4:

    Komposisi dan kepentingan hidupan liar. (Prof. Madya Dr. Puan Chong Leong) 

  1. i) MODUL JABATAN INDUSTRI SUMBER ALAM : (Inspirational Forest Gems)

   (Dr. Sabiha Salim dan Dr. Adlin Sabrina Muhammad  Roseley)

 

Pelajar juga akan dilatih dengan pelbagai kemahiran asas perhutanan di lapangan di samping dinilai etika, kerjasama dan kepimpinan peserta kem.

Terima kasih diucapkan kepada penaja – penaja untuk Kem Perhutanan 2021 yang terdiri daripada :

🎗Malaysian Timber Council (MTC)

🎗Bayou Lagoon Park Resort Melaka

🎗Intergovermental Hydrological Programme-United Nations Educational, Scientific and

    Cultural Organization (IHP-UNESCO)

🎗Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

🎗DUN SARAWAK

🎗Skytrex Adventure Sungai Congkak

🎗Sarawak Forestry Corporation (SFC)

🎗Zoo Taiping and Night Safari

🎗Argan Azalea Resources

🎗Bangi Wonderland Themepark and Resort

🎗Eclipse Green Sdn.Bhd.

🎗The Nest @MAEPS

🎗Mahseer Chalet, Taman Negara Kuala Tahan

🎗FJ Group

🎗Habbul Enterprise

🎗Persatuan Arborist Malaysia (PArM)

🎗Malaysia Timber Certification Council (MTCC)

🎗Placestogo Asia Sdn.Bhd

🎗RainTree Arborist Sdn. Bhd.

🎗Core Outdoor and Tactica

Date of Input: 20/08/2021 | Updated: 20/08/2021 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
W1UKcKAP:10:30