Jerayawara Pendaftar 2022 Ke Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » Jerayawara Pendaftar 2022 ke Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

Jerayawara Pendaftar 2022 ke Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

Serdang, 2 Ogos - Pejabat Pendaftar mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Jerayawara Pendaftar ke seluruh pusat tanggungjawab (PTJ) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Jerayawara berkonsep santai ini menjelajah ke setiap PTJ selama satu jam setengah untuk bertemu dengan staf bukan akademik.

 

Sesi jerayawara Pendaftar di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Sesi interaksi secara terus bersama staf bukan akademik berkenaan permasalahan yang dialami dalam perkerjaan dan lain-lain.

 

Sesi jerayawara ini diibaratkan seperti serampang dua mata, selain bertujuan untuk mendapatkan input daripada staf, pada masa yang sama juga dapat merapatkan jalinan ukhuwah antara Pejabat Pendaftar dengan warga kerja UPM.

Antara isu yang sinonim dengan Pejabat Pendaftar ialah perjawatan, kenaikan pangkat, penilaian prestasi, cuti serta perubatan. Sesi jerayawara ini turut disertai oleh Ketua-Ketua Bahagian Pejabat Pendaftar agar segala persoalan yang diutarakan oleh staf dapat diberikan maklum balas segera.

 

Penganjuran program seumpama ini dapat menzahirkan keprihatinan dan kecaknaan pihak pengurusan UPM terhadap kebajikan dan kesejahteraan staf. Sesungguhnya mereka adalah aset yang cukup bernilai dalam menjayakan Matlamat 5 UPM, iaitu Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau. 

Date of Input: 03/08/2022 | Updated: 03/08/2022 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEYWAN~