Jerayawara Khas Sistem Kewangan E-Claim | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » Jerayawara Khas Sistem Kewangan e-Claim

Jerayawara Khas Sistem Kewangan e-Claim

17 Nov - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) dengan kerjasama Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Jerayawara Khas Sistem Kewangan e-Claim pada 17 November 2025 (Isnin) bertempat di Makmal Kuantitatif 1, Aras 2, Kompleks B, FHAS.
 
Program yang dijadualkan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari mensasarkan penyertaan daripada semua staf FHAS termasuk pembantu penyelidik (RA).
 
Jerayawara ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan komprehensif kepada warga fakulti melalui perkongsian tatacara kewangan yang betul dan mematuhi prosedur, penggunaan sistem e-claim sebagai platform utama tuntutan kewangan staf serta sesi latihan hands-on bagi membolehkan peserta mempraktikkan secara langsung penggunaan sistem tersebut.
 
Penganjuran ini diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman serta kecekapan staf dalam menguruskan tuntutan kewangan melalui sistem e-claim dengan lebih efisien dan teratur.
 

Date of Input: 17/11/2025 | Updated: 17/11/2025 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
F, (04:12:27pm-04:17:27pm, 10 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]