INAUGURAL LECTURE SERIES | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » INAUGURAL LECTURE SERIES

INAUGURAL LECTURE SERIES

SYARAHAN INAUGURAL FHAS 2024
 
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Syarahan Inaugural yang berlangsung di Dewan Kuliah Hutan (DKH), FHAS, UPM. Syarahan Inaugural pada kali ini disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Latifah Abd Manaf yang bertajuk “Solid Waste – Never Ending Story”.
 
 
Syarahan Inaugural telah dihadiri seramai 146 orang yang terdiri dari YBhg. Prof. Dr. Mohd Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM sebagai Pengerusi Majlis, YBhg. Prof. Dr. Azlizam Aziz, Dekan FHAS, Timbalan Dekan fakulti, Ketua-ketua Jabatan, staf fakulti dan PTJ lain serta pelajar-pelajar serta dif-dif jemputan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh keluarga Prof. Latifah. Sebagai buah tangan dan tanda kenang-kenangan kepada tetamu yang hadir YBhg. Prof telah memberikan senaskhah buku Syarahan Inaugural beliau.
 
 
 
Majlis Syarahan Inaugural ini merupakan syarahan yang dilaksanakan secara bersemuka khas untuk pegawai akademik yang telah dilantik ke jawatan Profesor. Syarahan ini memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan syarahan berkaitan hasil kerja dan kajian yang telah dibuat kepada tetamu jemputan.
 
___________________________________
FOLLOW, LIKE DAN SHARE KAMI DI:
 
Facebook: Fakulty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia
 
 
 
 
 

Date of Input: 22/01/2025 | Updated: 22/01/2025 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
S, (12:33:59am-12:38:59am, 06 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]