9 Mei - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 9 Mei 2025. Aktiviti gotong-royong kali ini memfokuskan di Zon Lestari, Zon Mampan, Zon Konservasi serta kawasan sekitarnya.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menyusun atur, mengenalpasti barangan yang boleh dikitar semula, mengemas ruang serta membersihkan kawasan sekitar fakulti.

Aktiviti ini bertepatan dengan objektif EKSA iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga bertujuan membina budaya kerja positif berterusan dalam kalangan warga FHAS serta bagi membuat persiapan sebelum audit kendiri 2 yang akan dijalankan pada 15 Mei 2025.
Date of Input: 13/05/2025 | Updated: 13/05/2025 | masridien

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia