Serdang, 13 September - Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah dibuat pada 13 September yang lepas.
Terima kasih kepada Auditor EKSA iaitu En. Ahmad Faiz Mokhtar (IKP) dan En. Mohamad Cyrill Kamal (FBSB) yang sangat membantu dalam melancarkan proses penilaian di FHAS.
Sekalung TAHNIAH kepada semua staf, baik dari pengurusan mahupun staf pelaksana FHAS, yang telah memberikan sepenuh komitmen bagi merealisasikan FHAS menjadi tempat kerja yang selamat, bersih, kemas, selesa dan kondusif.
Diharap amalan EKSA menjadi budaya yang berterusan dan ditambahbaik pada masa akan datang.
Date of Input: 15/09/2022 | Updated: 15/09/2022 | masridien
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia