Audit Dalaman UPM 2025 (FHAS) - Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT forenv
» NEWS » Audit Dalaman UPM 2025 (FHAS) - Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015

Audit Dalaman UPM 2025 (FHAS) - Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015

SERDANG, 21 Mei – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) berjaya menyelesaikan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:9015, yang berlangsung selama dua hari, bermula pada 21 Mei 2025 (Rabu) hingga 22 Mei 2025 (Khamis). Audit ini diketuai oleh En. Nasrul Amri Selamat dari Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, UPM, dengan sokongan beberapa juruaudit dalaman PTJ.

FHAS akan terus berusaha memastikan pematuhan terhadap piawaian ISO 9001:9015 dapat dipertingkatkan demi meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Nasrul Amri Selamat, juruaudit dalaman PTJ dan juga staf FHAS yang telah memberikan kerjasama memastikan sesi audit kali ini berjalan lancar.

Date of Input: 29/05/2025 | Updated: 29/05/2025 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (09:25:37pm-09:30:37pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]