LAWATAN PELBAGAI UNIVERSITI DARI INDONESIA DI BAWAH PROGRAM YAYASAN FORMASITA KE FHAS | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » LAWATAN PELBAGAI UNIVERSITI DARI INDONESIA DI BAWAH PROGRAM YAYASAN FORMASITA KE FHAS

LAWATAN PELBAGAI UNIVERSITI DARI INDONESIA DI BAWAH PROGRAM YAYASAN FORMASITA KE FHAS

Selasa, 10 Ogos 2022 - FHAS telah menerima lawatan seramai 62 mahasiswa dari pelbagai universiti di Indonesia seperti Universitas Hasanuddin, Universitas Gajah Mada, Universitas Negeri Makassar, Universitas Muhammadiyah Makassar, Politeknik Negeri Ujung Pandang, Politeknik Pembangunan Pertanian Gowa, ITBM Balik Diwa Makassar, STIBA Makassar, SMAN 2 Takalar, Universitas Tadulako, Universitas Sam Ratulangi, Universitas Pertamina, IPMI International Bussiness School dan Universitas Mercu Buana Yogyakarta di bawah program anjuran Yayasan FORMASITA.

 

Program lawatan diadakan di Dewan Kuliah Kayu (DKH), Kompleks A, FHAS. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai Universiti dan Fakulti amnya. Seterusnya program diteruskan dengan taklimat oleh ketua jabatan mengenai program yang ditawarkan di bawah jabatan masing-masing. Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa) juga telah memberi penerangan mengenai Program MASPUTRA, Master Sains, PhD.

Majlis diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata dan sesi bergambar bersama pihak fakulti dan delegasi.

 

 

Tarikh Input: 18/08/2022 | Kemaskini: 18/08/2022 | wrohani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXFETAD~