Kunjungan Delegasi Dari Sekolah Siswazah, Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Kunjungan delegasi dari Sekolah Siswazah, Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia

Kunjungan delegasi dari Sekolah Siswazah, Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia

SERDANG, 20 Jun 2023 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) Universiti Putra Malaysia telah merima kunjungan delegasi dari Sekolah Siswazah, Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia bertempat di Bilik Sidang Utama, Aras 1 Kompleks B FHAS.

Majlis telah dihadiri oleh ahli pengurusan FHAS iaitu Dekan FHAS, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Prof. Dr. Latifah Abd Manaf (Timbalan Dekan Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa), manakala tiga (3) orang delegasi dari IPB iaitu Professor Dodik Ridho Nurrochmat (Dekan Sekolah Pascasarjana), Professor Agus Buono (Timbalan Dekan Sekolah Pascasarjana) serta Professor Anuraga Jayanegara (Pengarah Kajian Strategis dan Reputasi Akademik) diiringi oleh tiga (3) orang pegawai di bawah Unit Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan, Sekolah Pengajian Siswazah UPM. Turut dihadiri staf dari pejabat Timbalan Dekan Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa FHAS.

Perbincangan selama satu jam itu bermula jam 11.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak seperti penyeliaan akademik bersama, penyelidikan dan penerbitan, pertukaran pelajar serta penukaran jam kredit. Selain itu, kolaborasi boleh dijalinkan melalui latihan industri, konferensi atau servis komuniti.

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | fatin_ar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEeNAh~