Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK) | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK)

Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK)

Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK)

Serdang, Selangor - KUDAH adalah salah satu usaha di bawah Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat di kalangan komuniti di dalam pemeliharaan persekitaran sungai. Aktiviti KUDAH telah diadakan di DSKSK pada 2 Julai 2022 bersama penduduk Sri Serdang dan orang ramai dengan anjuran NAHRIM bersama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM dan Indah Water Konsortium (IWK).

Penyertaan NAHRIM diketuai oleh YBhg Dato’ Ir Hj. Nor Hisham Mohd Ghazali, Ketua Pengarah dan YBrs. Datin Noriah, Pengerusi PUSPANITA serta warga NAHRIM. Turut hadir adalah YBrs. En Muhammad Helmi Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia dan Pensyarah-pensyarah Universiti UCSI. Manakala UPM diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Saleh, Timbalan Dekan Pendanaan, Pembangunan dan Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, YBrs. Gs. Dr. Zakiah Ponrahono, Ketua Jabatan Alam Sekitar, YBrs. Prof. Madya Dr. Norizah Kamarudin, Ketua Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti serta staf fakulti dan para pelajar.

Tarikh Input: 01/11/2022 | Kemaskini: 01/11/2022 | siti_aidah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEbDAs~