Read @ FHAS merupakan ruang yang disediakan untuk memupuk budaya membaca dan mengadakan program ilmu bagi melahirkan inspirasi intelektual kepada pensyarah, dan pegawai di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.
Pelbagai aktiviti baru telah dirancang dan akan dilaksanakan termasuk siri ulasan buku, slot perbincangan, sesi perkongsian ilmiah, dan program interaktif bagi meningkatkan budaya membaca, menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan membina komuniti berdaya maju dan berdaya intelek.