From The Dean's Desk | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» ABOUT US » Introduction » From the Dean's Desk

From the Dean's Desk

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.

Pembangunan lestari terus ditekankan untuk memastikan kesejahteraan generasi sekarang tidak dipenuhi dengan mengorbankan generasi masa depan. Aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar semakin terintegrasi ke dalam proses pembangunan. Justru penubuhan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar adalah untuk menghasilkan modal insan, output penyelidikan, perkhidmatan komuniti dan penglibatan industri bagi memastikan sektor perhutanan dan sumber asli digunakan, diurus dan dibangunkan secara lestari.

Untuk menyampaikan fungsi tersebut, fakulti menawarkan lima program akademik di peringkat Bacelor/Sarjana Muda dan beberapa bidang pengajian yang berkaitan dengan sumber asli termasuk perhutanan dan alam sekitar di peringkat pasca siswazah (Master Alam Sekitar, Sarjana Sains, dan PhD). Selaras dengan status UPM sebagai universiti penyelidikan, Dasar dan Akta Perhutanan, Sumber Asli, dan Alam Sekitar Negara serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), fakulti telah membangunkan bidang tumpuan penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan lestari perhutanan dan alam sekitar. Hasil penyelidikan telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, penggubalan dasar, perkhidmatan masyarakat, dan penglibatan industri.

Sila layari laman web fakulti atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Prof. Dr. Azlizam Aziz
Dekan
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar  
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor D.E.
Malaysia

Tel : +603-9769 7171
Fax : +603-9769 3768 
E-mail: dean.forenv@upm.my

Updated:: 27/11/2025 [masridien]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
F, (05:35:52pm-05:40:52pm, 19 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]