2) Bilakah sesi kemasukan terdekat? Permohonan sedang dibuka untuk Semester 1 2026/2027 (Kemasukan Oktober 2026). Tarikh akhir permohonan adalah seperti berikut: Calon Tempatan: 1 Ogos 2026 Calon Antarabangsa: 1 Julai 2026
3) Berapa lama untuk memperoleh keputusan permohonan?
Permohonan yang berstatus lengkap akan diproses dalam masa 7 hari bekerja. Sekiranya pemohon belum menerima sebarang maklumbalas dalam masa 4 minggu, pemohon boleh membuat tindakan susulan dengan menghubungi pg_admission@upm.edu.my
4) Adakah terdapat program master lain selain master dengan kerja kursus? Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar turut menawarkan program master dengan tesis.
5) Apakah terdapat pengkhususan dalam program Master Alam Sekitar?
Tiada pengkhususan dalam struktur kurikulum terkini. Pelajar perlu mengambil 28 jam kredit kursus teras dan 12 jam kredit kursus elektif untuk bergraduat
6) Adakah program ini ditawarkan secara sepenuh masa? Ya, dan program ini sesuai untuk diikuti oleh pelajar sepenuh masa dan separuh masa (bekerja pada hari minggu)
7) Saya perlukan maklumat lanjut tentang program Master Alam Sekitar, bagaimana untuk berhubung? Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program, boleh menghubungi kami di talian 03-97696745