FAQ | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» MASTER ALAM SEKITAR » FAQ

FAQ

1) Bagaimana cara membuat permohonan? 
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/

 

2) Bilakah sesi kemasukan terdekat?
Permohonan sedang dibuka untuk Semester 1 2024/2025 (Kemasukan Oktober 2024). 
Tarikh akhir permohonan adalah seperti berikut:
Calon Tempatan: 31 Julai 2024
Calon Antarabangsa: 30 Jun 2024

 

3) Berapa lama untuk memperoleh keputusan permohonan? 

Permohonan yang berstatus lengkap akan diproses dalam masa 7  hari bekerja. Sekiranya pemohon belum menerima sebarang maklumbalas dalam masa 4 minggu, pemohon boleh membuat tindakan susulan dengan menghubungi pg_admission@upm.edu.my

 

4) Adakah terdapat program master lain selain master dengan kerja kursus? 
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar turut menawarkan program master dengan tesis.

 

5) Apakah terdapat pengkhususan dalam program Master Alam Sekitar?

Tiada pengkhususan dalam struktur kurikulum terkini. Pelajar perlu mengambil 28 jam kredit kursus teras dan 12 jam kredit kursus elektif untuk bergraduat

 

6) Adakah program ini ditawarkan secara sepenuh masa? 
Ya, dan program ini sesuai untuk diikuti oleh pelajar sepenuh masa dan separuh masa (bekerja pada hari minggu)

 

7) Adakah program ini menawarkan biasiswa atau skim bantuan akademik?
Tidak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan & biasiswa, sila ke http://www.sgs.upm.edu.my/bantuan_kewangan_biasiswa-1893

 

Kemaskini:: 17/01/2024 [fatin_ar]

PERKONGSIAN MEDIA

SXEQVA2~