Pendapat: Era Baru Internet Of Thing (IOT) Di Dalam Sektor Perladangan Hutan | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» ARTICLE » Pendapat: Era baru Internet of Thing (IOT) di dalam sektor perladangan hutan

Pendapat: Era baru Internet of Thing (IOT) di dalam sektor perladangan hutan

Sektor perladangan hutan di Malaysia banyak memberi manfaat kepada industri kayu di Malaysia iaitu dari segi pengeluaran dan pembekalan produk kayu seperti kayu gerjaji, papan lapis, dan juga kertas dan pulpa. Untuk memastikan pengeluaran produk kayu ini secara berkekalan dan mampan ianya memerlukan pengursan perladangan hutan secara berkekalan dan mampan. Ianya bermula diperingkat bawah iaitu daripada pengeluaran dan penghasilan anak benih pokok pokok yang berkualiti. Namun pada tahun 2019, dunia dikejutkan dengan wabak virus Covid-19 yang bermula di negara China dan seterusnya merebak di seluruh dunia. Kesan daripada wabak ini, rata-rata kerajaan di seluruh dunia mengambil pendekatan untuk mengadakan setakatan pergerakan bagi mengekang penuluaran wabak virus Covid-19 termasuk Malaysia dan secara khususnya memberi impak terhadap pengeluaran anak benih pokok secara berkekalan dan mampan. Hampir kesemua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh masa sekatan pegerakan ini. Ini menyebabkan banyak sektor yang terjejas termasuk sektor perladangan hutan terutamanya diperingkat penghasilan anak benih pokok. Oleh itu pengeluaran anak benih pokok dinurseri terjejas disebabkan banyak anak benih pokok yang mati kerana tidak dapat dijaga dan diurus dengan baik. Selain itu faktor seperti pengunaan teknologi lama atau pengurusan anak benih pokok dinurseri masih mengunakan tenaga buruh bagi mengendalikan pengurusan anak benih adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pengeluaran anak benih pokok.

Di skala perladangan hutan sebanyak lebih kurang tiga ratus ribu anak benih diperlukan dalam masa tempoh satu bulan. Keperluan anak benih yang tinggi ini adalah bagi memastikan perladangan hutan dapat mengeluarkan hasil secara mampan. Namun kerana kekangan kakitangan bagi menguruskan penghasilan dan pengeluaran anak benih di nurseri, keadaan ini boleh menjejaskan proses penanaman dan penubuhan ladang hutan.

Pada masa ini, kelebihan mengunakan Internet of Thing (IOT) banyak dimanfaatkan didalam sektor pertanian namun masih kurang sambutan di peringkat sektor perhutanan terutamanya di Malaysia. Teknologi IOT perlu dimanfaatkan bagi mengurangkan kebergantung terhadap tenaga buruh selain dapat meningkatkan pengurusan yang lebih efisen. Seperti contoh proses penyiraman boleh dilakukan secara automatik dan boleh dikawal mengunakan alat peranti seperti telefon pintar ataupun komputer. Selain itu, proses pemantauan dan kawalan secara jarak jauh juga boleh dilakukan dengan menghubungkan sensor seperti suhu, kelembapan dan cahaya dengan peranti yang ditetapkan. Selain itu, pemindahan anak benih daripada batas semaian kepada batas pengerasan seterusnya dipindahkan ke ladang hutan secara kebiasaanya dilakukan secara manual. Keadah ini amnya membebankan, dengan adanya IOT, proses boleh dilaksanakan secara mekanikal dengan bantuan sistem yang telah ditetapkan.

Walaupun terbukti IOT banyak memberi manfaat didalam pelbagai bidang namun ketersediaan IOT didalam sektor perladangan hutan terutama diperingkat nurseri masih belum tersedia bagi sesetengah lokaliti. Hal ini kerana kebanyakan nurseri anak benih pokok bagi sektor perladangan hutan adalah terletak diluar bandar dimana terdapat kekanggan daripada akses internet. Selain itu tenaga mahir bagi mengendalikan sistem IOT didalam sektor ini juga masih belum tersedia. Oleh itu bagi menjayakan IOT didadalam sektor ini, kesediaan internet terumatanya diladang hutan harus di beri perhatian dan latihan tenaga mahir didalam bidang IOT bagi membangunkan dan mengurus sektor perladangan hutan adalah perlu dititik beratkan dan harus dimulakan daripada sekarang.

Date of Input: 29/09/2022 | Updated: 29/09/2022 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEUUAh~