
Profesor Emeritus Dr Muhammad Bin Awang
Majlis Konvokesyen UPM ke-33 (2009)
Muhamad Awang ialah seorang Profesor Emeritus di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dan telah bersara sebagai Naib Canselor pertama Universiti SEGi. Di UPM, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik antara 16 Jun 2000 dan 7 April 2005. Sebelum itu, beliau memegang beberapa jawatan pentadbiran termasuk Pengetua Sementara, Timbalan Naib Canselor Kewangan dan Pembangunan, Timbalan Naib Canselor Sementara bagi Hal Ehwal Pelajar, Dekan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar.
Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat dan ahli kumpulan pemikir kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengenai Penyelidikan, Pembangunan, dan Pengkomersilan, dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal untuk Penubuhan Universiti Penyelidikan Awam. Beliau juga berkhidmat sebagai sumber rujukan bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk penilaian Universiti.
Kemaskini:: 15/12/2025 [masridien]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia