KOMPLEKS AGROBIO | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» SISFEC » PERKHIDMATAN » KOMPLEKS AGROBIO

KOMPLEKS AGROBIO

Kompleks utama SISFEC ini dimulakan pembinaannya pada Oktober 2009 dan telah siap sepenuhnya pada September 2011 yang melibatkan kos hampir RM18 juta bagi tujuan kegunaan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan kepada pelajar dan kakitangan UPM.

Sebanyak empat (4) blok bangunan telah dibina iaitu Blok Pentadbiran, Dewan Kuliah, Makmal dan Bengkel. Blok Pentadbiran dan Dewan Kuliah dihubungkan dengan boardwalk. Blok Dewan Kuliah boleh memuatkan seramai 60 orang dalam satu masa. Terdapat Menara Tinjau di Blok Dewan Kuliah di mana seseorang dapat menyaksikan pemandangan hutan yang indah di sekeliling kawasan bangunan ini.

Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah dua dewan kuliah (Kuang Raya dan Tiong Emas), dua ruang tutorial terbuka, bilik seminar (Bilik Serindit), pusat sumber, dan 9 makmal. Setiap blok juga dilengkapi kemudahan internet dan wifi.

Kemaskini:: 12/12/2023 [kamarulizwan]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXETBAo~