Program Amali Dan Pensampelan Ikan Tingkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Ekosistem Akuatik /15 Januari 2025 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT forenv
» SISFEC » ACTIVITY » Program Amali dan Pensampelan Ikan Tingkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Ekosistem Akuatik /15 Januari 2025

Program Amali dan Pensampelan Ikan Tingkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Ekosistem Akuatik /15 Januari 2025

15 Januari 2025 | Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) – Seramai 36 orang pelajar tahun pertama Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian telah menyertai Program Amali dan Pensampelan Ikan yang diadakan di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC).

Program ini merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang bertujuan untuk memenuhi keperluan silibus dalam penilaian ikan di sistem akuatik semula jadi. Sepanjang sesi amali, pelajar didedahkan dengan kaedah pensampelan menggunakan dua jenis peralatan utama, iaitu peralatan pasif (jaring) dan peralatan aktif (tangguk), bagi menangkap dan mengkaji spesies ikan yang terdapat di kawasan tersebut.

Melalui pengalaman lapangan ini, para pelajar berpeluang memahami secara langsung teknik dan prosedur saintifik dalam kajian akuakultur serta meningkatkan kemahiran dalam pengendalian peralatan pensampelan. Program ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk menjalankan pemerhatian terhadap habitat semula jadi dan faktor-faktor ekologi yang mempengaruhi kelimpahan serta kepelbagaian spesies ikan.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja menekankan aspek akademik dan teknikal, tetapi juga membentuk kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah, yang amat penting dalam bidang akuakultur masa kini.

Updated:: 24/06/2025 [kamarulizwan]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
W, (06:16:51am-06:21:51am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]